Home Seni Hidup Neelofa tercalon Influencer Awards 2019 Monaco

Neelofa tercalon Influencer Awards 2019 Monaco

Neelofa. foto IQBAL BASRI, 08 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Pengacara yang juga ahli perniagaan terkenal, Neelofa mencipta sejarah apabila tercalon dalam kategori usahawan pada anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.

Anugerah tersebut akan berlangsung di Monaco pada 5 dan 6 Disember depan.

Influencer Awards 2019 Monaco yang kali kedua dianjurkwn direalisasikan Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.

Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober lalu di Hotel Meridien Beach Plaza yang menyaksikan 27 anugerah disampaikan pada majlis itu.

Antara pemenang pada majlis tahun lalu termasuk penulis blog fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Gaya Hidup) dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Jurusolek Paling Berpengaruh). – MalaysiaGazette