KUALA LUMPUR – Seiring perkembangan zaman, artis kini menjadi media sosial dilihat sebagai sebuah platform yang baik untuk mendekati peminat, selain mengemas kini segala perkembangan dan aktiviti.
Begitu juga dengan komposer dan penyanyi legenda, Datuk M. Nasir.
Walaupun agak terlewat, dia akhirnya menggunakan platform itu untuk mendekati peminatnya dengan mewujudkan akaun Instagram (IG) dan Twitter rasminya semalam.
Sehingga kini, penyanyi yang popular dengan lagu Apokalips itu telah mendapat 978 pengikut di laman Instagram.
Di laman laman Twitternya baharu sahaja 47 pengikut.
Jadi kepada peminat M. Nasir, jangan mengikutinya di laman sosial untuk mengetahui apa perkembangan terkininya. – MalaysiaGazette