KUALA LUMPUR – Penularan video terbaharu keempat mengaitkan hubungan sejenis luar tabii melibatkan Haziq Abdul Aziz diletakkan dalam satu kertas siasatan yang dibuka sebelum ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, setakat ini tidak ada tangkapan terbaharu dalam kes berkenaan.
“Kita tidak ada perkembangan terkini mengenai video baharu yang tular. Ia belaku hampir setiap hari, apa jua sekali pun semuanya dimasukkan dalam satu kertas siasatan untuk bantu kes.
“Tiada tangkapan setakat ini kecuali Haziq dan kami masih meneruskan siasatan kes ini,” katanya dalam sidang media di ibu negara.
Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Koperasi Polis PDRM hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan KPDRM ke-83 yang disempurnakan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador merangkap Yang Dipertua koperasi itu.
Ditanya perkembangan terbaharu mengenai siastan penyebaran Video semburit mengaitkan individu mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dengan Haziq Abdul Aziz, katanya, setakat ini belum ada petunjuk baharu dalam siasatan,
Malah, laporan forensik kesahihan video masih dalam proses tindakan dan keputusan belum ada di tangan polis.
“Saya tidak akan mendedahkan progres anda semua sila tunggulah,” tegasnya.- MalaysiaGazette