JEDDAH – Sebuah dron yang dilancarkan militan Houthi di Yemen yang dihalakan ke Arab Saudi berjaya dipintas, kata Arab Saudi.
Dron tersebut ditembak jatuh di ruang udara Yemen pada jam 10.20 malam waktu tempatan selepas ia dilancarkan dari tapak yang terletak di utara ibu negara, Sanaa, lapor Arab News.
Ia merupakan serangan terbaharu militan Houthi yang menggunakan dron ‘kamakazi’ yang dilengkapi dengan bahan letupan.
Pada Ahad lalu, seorang terbunuh dan tujuh lagi cedera apabila militan itu menyerang lapangan terbang Abha selepas serangan yang sama dilancarkan sebelum ini mengakibatkan 26 orang tercedera.
Jurucakap perikatan Arab Saudi, Kolonel Turki Al-Maliki berkata, ‘pengganas Houthi terus melancarkan dron untuk melaksanakan tindakan keganasan dengan menjadikan orang awam dan kemudahan awam sebagai sasaran,”. – Agensi