ENGLAND – Hasrat Tottenham Hotspurs untuk merekrut pemain baharu pertama ke kelab berakhir dengan kekecewaan.
Ini kerana Lyon menuntut bidaan bernilai RM72 juta pound untuk bintang sensasinya, Tanguy Ndombele selepas menolak bidaan 40 juta pound yang diletakkan Spurs.
Mauricio Pochettino belum menandatangani sebarang pemain baharu sejak jendela perpindahan Januari 2018 lalu.
Usaha terbaharunya yang hampir mengikat bintang Perancis berusia 22 tahun itu dinafikan Lyon.
Lyon dilihat tidak mahu berganjak daripada klausa pelepasan minimum 72 juta pound yang ditetapkan untuk Ndombele.
Ndombele juga dikiatkan kuat dengan Manchester United dan Paris Saint Germain.
Ndombele pernah terlibat dalam jelajah ke padang latihan Spurs.
‘Tottenham mengemukakan tawaran pembukaan 40 juta pound tetapi perbincangan lanjut diadakan kerana nilainya tidak setimpal dengan kehendak kelab kami.
“Namun tiada sebarang kata putus dicapai sehingga kini, itu saya boleh jamin,, kami bukan terburu-buru dalam hal (Ndombele) ini,” tegas Presiden Lyon, Jean Michel Aulas.-MalaysiaGazette