Home Ekonomi 3 muka baharu lembaga pengarah Khazanah

3 muka baharu lembaga pengarah Khazanah

Khazanah
Khazanah Nasional Bhd terus mencatatkan pertumbuhan serta melindungi asetnya bagi pihak negara, dengan nilai aset bersih (NAV) meningkat kepada RM86 bilion pada 2021 daripada RM79 bilion tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melantik tiga anggota baharu berkuatkuasa 26 Jun lalu.

Mereka ialah Azian Mohd Aziz, Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara Malaysia; Profesor Xiao’ou Tang
Pengasas SenseTime & Profesor di University of Hong Kong dan Lau Seng Yee, Naib Presiden Eksekutif & Pengerusi Pemasaran Kumpulan dan Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited.

Khazanah mengalu-alukan pelantikan ahli-ahli baharu di mesyuarat Lembaga Pengarah hari ini dan berharap dapat meneruskan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pengarah yang diketuai un Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette