KUALA LUMPUR – Namanzee Harris dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Sebelum ini Namanzee memiliki pengalaman 16 tahun dalam dunia penyiaran dengan jawatan terakhir Ketua Jabatan Strategi
Kandungan & Inovasi di Astro.
Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) terlibat secara langsung dan menjadi tulang belakang di dalam penerbitan rancangan-rancangan realiti televisyen.
Namanzee juga berpengalaman menguruskan saluran berbentuk agama Astro Oasis. – MalaysiaGazette