Home Ekonomi Pertumbuhan ekonomi China kukuh pada Mac

Pertumbuhan ekonomi China kukuh pada Mac

BEIJING – Pertumbuhan ekonomi China pada Mac dijangka kukuh berikutan pertemuan yang bakal diadakan oleh Presiden Xi Jinping dan Presiden Donald Trump minggu ini dengan lebihan dagangan China melebihi jangkaan.

Trump telah memberi bayangan terhadap risiko perbincangan akan menjadi tegang dengan menulis satu posting di twitter yang mengatakan Amerika Syarikat sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan defisit dagangan yang besar serta kehilangan pekerjaan.

Sementara Trump masih belum meneruskan kempen mengancam China dengan menggelar mereka sebagai pemanipulasi matawang atau mengenakan tarif punitif terhadap barangan China, ramai penganalisa bersetuju yang pentadbiran baharu ini sedang mengukuhkan perdagangan mereka.

Pertumbuhan import China pada Mac dilihat kekal kukuh manakala eksport melantun sederhana menjadikannya lebihan dagangan sebanyak AS$10 bilion selepas mengalami defisit pada Februari.

Eksport dijangka meningkat 3.2 peratus manakala import meningkat 18 peratus dipacu sekali lagi oleh bahan mentah seperti bijih besi. – MalaysiaGazette