Home Dunia Bunuh isteri, anak dan 6 yang lain kerana cemburu

Bunuh isteri, anak dan 6 yang lain kerana cemburu

Gambar hiasan

LAHORE – Seorang lelaki menembak isterinya, dua anak dan enam keluarga isterinya dan kemudian melupuskan mayat-mayat itu dengan membayar rumah keluarga berkenaan.

Suspek, Muhammad Ajmal melakukan serangan paling ganas itu selepas mengesyaki isterinya, Kiran ada hubungan dengan lelaki lain, kata pegawai polis Multan, Imran Mehmood.

Ajmal mengaku melakukan pembunuhan itu/

“Ini adalah pembunuhan kejam. Suspek melihat gambar isterinya dengan lelaki lain dan percaya kedua-duanya ada hubungan.

“Suspek tidak menyesali perbuatannya,” kata Mehmood.

Ajmal dikatakan pulang ke Pakistan dari Arab Saudi, yang mana dia bekerja sebagai tukang jahit 25 hari lalu untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Selain isteri dan anak-anaknya, Ajmal turut membunuh tiga kakak iparnya dan dua anak mereka dan ibu mertua.

Ajmal dan bapanya, yang bersama dengannya semasa pembunuhan itu telah ditahan dan didakwa membunuh, kata Mehmood.

Polis kini sedang menjejaki abang Ajmal yang turut terlibat dalam kejadian tersebut. – MalaysiaGazette