Home Nasional Nik Nazmi, isteri bercerai

Nik Nazmi, isteri bercerai

Nik Nazmi Nik Ahmad.
Nik Nazmi Nik Ahmad.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Dr Imaan Abdul Rahim.

Katanya, keputusan itu dipersetujui beliau dan isterinya.

“Saya ingin memaklumkan Imaan dan saya telah bersetuju untuk mengakhiri perkahwinan kami. Saya bersyukur dengan perkahwinan yang pernah kami lalui, juga sokongan dari keluarga dan rakan-rakan kepada kami,” katanya sambil memohon maaf atas kesedihan oleh mana-mana pihak terutama keluarga mereka.

Beliau turut meminta semua pihak menghormati peribadi dan keluarganya dalam melalui perpisahan ini.

Meskipun sudah bercerai, Nik Nazmi dan isterinya akan menjaga dan membesarkan anak mereka, Nik Ilhan bersama-sama. – MalaysiaGazette