Home Nasional Jamuan Hari Raya ADUN Lembah Jaya meriah

Jamuan Hari Raya ADUN Lembah Jaya meriah

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha (tengah) berbual mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka ADUN Lembah Jaya di Pusat Khidmat Rakyat N20 Lembah Jaya, Ampang. FAREEZ FADZIL, 02 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Walaupun masih boleh dianggap Ahli Dewan Undangan (ADUN) yang baharu bagi kawasan Lembah Jaya, namun Haniza Talha kelihatan tidak kekok dengan masyarakat setempat malah boleh dikatakan mendapat sokongan tidak kira latar belakang penduduk di situ.

Itu terbukti dengan kehadiran pengundi DUN Lembah Jaya pada majlis jamuan Hari Raya bermula pagi tadi apabila masing-masing berpusu-pusu bukan sahaja mahu menjamu selera sebaliknya juga bertemu dengan beliau.

Majlis jamuan yang diadakan itu lebih menjurus untuk pimpinan tempatan seperti Ketua Kampung, Ahli Majlis serta Ketua Komuniti bagi mengiktiraf sumbangan mereka dalam membantu Haniza menerajui kawasan Lembah Jaya lebih setahun.

MGF02072019_RUMAH TERBUKA ADUN LEMBAH JAYA_02
Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Mohd Talha (kiri) berbual mesra dengan orang ramai pada Majlis Rumah Terbuka ADUN Lembah Jaya di Pusat Khidmat Rakyat N20 Lembah Jaya, Ampang FAREEZ FADZIL, 02 JULAI 2019

Bagaimanapun, penduduk setempat juga mengambil peluang untuk menyertai jamuan itu sehingga tidak menang tangan sejak pagi tadi, sekali gus menunjukan bagaimana erat dan dekatnya mereka dengan ADUN mereka.

Ketika ditemui MalaysiaGazette sebentar tadi, Haniza yang juga merupakan bekas ADUN Taman Medan selama dua penggal berturut-turut sebelum ke Lembah Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas melahirkan rasa gembira malah kelihatan begitu selesa dengan kawasan itu.

MGF02072019_RUMAH TERBUKA ADUN LEMBAH JAYA_09
 

Malah melalui pemerhatian sendiri, jamuan raya yang diadakan di pusat khidmat Lembah Jaya itu juga sebenarnya sesak dengan kehadiran penduduk sekitar dengan pelbagai isu menyelubungi mereka namun dibantu oleh lima pembantu Haniza.

“Saya tidak kekok di sini sebenarnya malah boleh saya katakan isu-isu yang dihadapi oleh penduduk Lembah Jaya tidak seberat di Taman Medan, sana lebih banyak isu berbanding sini.

“Sini saya boleh katakan antara isu utama yang mengganggu penduduk adalah dengan pembinaan dua lebuh raya yang juga memberikan tekanan seperti aliran trafik sesak, bunyi bising serta pencemaran.

“Selain itu isu berkaitan dengan PPR, saya telah banyak merangka malah akan memulakan banyak program bermula hujung minggu ini melalui inisiatif Kerajaan Negeri, perlu banyakkan kempen serta program kesedaran juga.

“Sini rata-rata penduduknya sangat berdikari, mempunyai semangat ingin tahu dan banyak menggunakan peluang-peluang yang disediakan oleh kerajaan dengan baik sekali, banyak lagi yang perlu saya sumbangkan di sini,” katanya.

MGF02072019_RUMAH TERBUKA ADUN LEMBAH JAYA_07Haniza yang juga merupakan Exco Perumahan dan Kehidupan itu memenangi kerusi DUN Lembah Jaya dengan majoriti 14,790 undi.

Ketua Wanita PKR itu memperoleh 22,512 undi mengatasi tiga calon lain iaitu penyandang, Khasim Abdul Aziz (Pas) yang mendapat 7,358, Mohd Nizam Shith (BN) (7,722) dan Norizwan Mohamed (PRM) (177).

Sebelum ini, di DUN Taman Medan Haniza amat disegani dengan keprihatinannya menangani isu-isu masyarakat setempat dengan melaksanakan prograaam kebajikan warga emas, OKU, ibu tunggal, golongan muda malah juga aktif dalam perjuangan isu-isu pendikan. –MalaysiaGazette