KUALA LUMPUR – Levi pelepasan yang dicadangkan 1 Julai ini akan dilaksanakan pada September 2019.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, ia akan dikuatkuasakan selepas musim haji.
“Beberapa cadangan berkaitan pelaksanaan ini akan diambil kira dan akan dibentangkan di kabinet untuk membuat keputusan kelak.
“Setakat ini, belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu.
“Bagaimanapun ia mungkin akan dilaksanakan selepas musim haji sekitar September ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas sidang Dewan Rakyat hari ini.
Kadar levi yang dicadangkan kerajaan adalah RM20 untuk mereka yang keluar ke negara-negara ASEAN dan RM40 ke negara-negara lain.
Namun ada cadangan agar kadar itu disemak semula agar lebih bersifat adil umpanya mengambil kira kelas penerbangan.
Sebelum ini, levi pelepasan dicadang dikenakan kepada mana-mana individu yang keluar dari negara seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019 dicadang dikuatkuasa mulai 1 Julai ini atau satu tarikh yang ditetapkan kemudian.
Timbalan Menteri Kewangan Amiruddin Hamzah ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Levi Pelepasan 2019 untuk bacaan kali kedua.
Bagaimanapun menegaskan bahawa levi itu hanya akan dikenakan kepada mereka yang menggunakan pengangkutan udara sahaja.
Beliau berkata, ini termasuk melibatkan jet peribadi atau helikopter, sama ada secara sewa khas.
“Pengecualian akan dikenakan kepada orang yang meninggalkan Malaysia dengan berjalan kaki atau memandu sendiri kenderaan, seperti motosikal, kereta, (menaiki) bot, feri, memandu sendiri kapal terbang atau anak kapal ataupun krew kabin yang sedang bertugas.” katanya selepas diluluskan di Dewan Rakyat April lalu.- MalaysiaGazette