Home Dunia Isteri pemerintah Dubai sembunyi di London

Isteri pemerintah Dubai sembunyi di London

Puteri Haya

LONDON – Puteri Haya Bint al-Hussein, isteri pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Al Maktoum, sedang bersembunyi di London.

Wanita itu didakwa dalam keadaan ketakutan selepas melarikan diri daripada suaminya.

Sheikh Mohammed, 69, yang merupakan seorang jutawan, sering dilihat bercakap dengan Ratu di Ascot, telah memaparkan puisi ‘ganas’ di Instagram menuduh wanita yang tidak dinamakan sebagai “curang dan pengkhianat”.

Puteri Haya, 45 tahun, dari Jordan dan mendapat pendidikan di Britain, berkahwin dengan Sheikh Mohammed – pemilik kandang kuda Godolphin pada tahun 2004, menjadi isteri keenam dan “paling muda”.

Sheikh Mohammed dilaporkan mempunyai 23 anak dengan isteri yang berbeza.

Puteri Haya melarikan diri pada awal tahun ini ke Jerman untuk mendapatkan suaka. Dia kini dikatakan tinggal di rumah bernilai £ 85 juta (£ 107 juta) di Kensington Palace Gardens, di tengah London, dan bersiap sedia untuk ‘berperang’ di Mahkamah Tinggi.

Sumber yang dekat dengannya mengatakan bahawa Puteri Haya merasakan sesuatu tidak kena yang telah menganggunya selepas Sheikha Latifa, salah seorang anak perempuan pemerintah Dubai.

Dia melarikan diri Emiriah Arab Bersatu melalui laut dengan bantuan seorang warga Perancis tetapi dipintas oleh tentera bersenjata di luar pantai India dan kembali ke Dubai.

Puteri Haya kemudian bersama bekas presiden Ireland, Mary Robinson, mempertahankan reputasi Dubai mengenai kejadian itu.

Pihak berkuasa Dubai mengatakan bahawa pelarian Sheikha Latifa telah “terdedah kepada eksploitasi” dan “kini selamat di Dubai”. Tetapi penyokong hak asasi manusia berkata, dia secara paksa diculik.

Sejak itu, Puteri Haya mendapat tahu mengenai fakta-fakta baharu mengenai kes berkenaan dan akibatnya semakin meningkat permusuhan dan tekanan daripada anggota keluarga suaminya sehingga dia tidak lagi merasa aman di sana.

Sumber yang dekat dengannya berkata, Puteri Haya takut akan diculik dan kembali ke Dubai.

Kedutaan UAE di London enggan mengulas mengenai dakwaan itu kerana menyifatkan ia adalah perkara peribadi antara dua individu.

Puteri Haya yang pernah menuntut di Sekolah Bryanston di Dorset dan Universiti Oxford mahu menetap di United Kingdom.

Sekiranya Sheikh Mohammed mahukan beliau kembali, sudah tentu ia menyukarkan Britain yang mempunyai hubungan rapat dengan UAE.

Kes itu juga menyukarkan untuk Jordan kerana Puteri Haya adalah adik perempuan Raja Abdullah Jordan. Hampir satu per empat juta warga Jordan bekerja di UAE, menghantar kiriman wang dan Jordan dilihay tidak mampu membelakangi Dubai. – MalaysiaGazette