KUALA LUMPUR – Penjualan kepentingan UMNO dalam Media Prima Berhad adalah satu keperluan bagi parti itu.
Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO sudah tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat konglomerat media itu dan pelupusan saham harus dibuat.
“Satu keperluan untuk UMNO berbuat demikian. Media Prima dah tidak ada dalam kawalan UMNO lagi,” katanya di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Malah, kata Najib, saham minoriti dalam konglomerat itu tidak memberikan sebarang makna memandangkan Media Prima tidak lagi mesra UMNO.
“Jadi kalau kita ada saham minoriti pun tidak ada makna juga,” katanya lagi.
UMNO dilaporkan kepentingannya dalam Media Prima sebayak 11.09 peratus atau 123.02 juta unit saham kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui Gabungan Kesturi Sdn Bhd..
Pelupusan itu membabitkan nilai yang dianggarkan sebanyak RM73.81 juta, – MalaysiaGazette