
KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka pagi ini lebih tinggi sedikit tetapi merosot selepas itu, berikutan indeks utama kekal di wilayah terlebih beli disebabkan oleh aliran meningkat baru-baru ini.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.15 mata lebih rendah pada 1,685.33 daripada 1,687.48 penutup Khamis.
Pada pembukaan, indeks itu mencatatkan kenaikan 0.12 mata kepada 1,687.60.
Bagaimanapun, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 119 berbanding 91 dengan 164 kaunter tidak berubah, manakala 1,473 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung. – BERNAMA