Home Politik Istyihar harta teori komunis – Hadi

Istyihar harta teori komunis – Hadi

Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR – “Teori isytihar harta ni secara umum adalah teori komunis dan sosialis.”

Itu kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, pengiystiharan harta itu sendiri perlu dibuat mengikut keadaan dan bukan satu yang mutlak.

“Isytihar harta ni, ada wajib, ada masa (ia) haram, ada masa (ia) sunat… bukan secara mutlak. Tengok keadaan, kalau isytihar harta tu kepada orang yang kita tahu akan menyebabkan rasuah dan penyelewengan, itu wajib.

“Orang yang kita tahu dia tak ada apa-apa, itu tak diwajibkan atau dilonggarkan. Orang yang nak berbangga dengan harta dia, itu haram… bermegah dengan mengisytihar harta,” katanya Ahli Parlimen Marang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, ada kemungkinan idea itu diceduk dari pemikiran sosialis yang dibawa oleh parti DAP.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah kerajaan mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytihar harta mereka serta isteri atau suami dan anak kepada Speaker Dewan Rakyat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Terdahulu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Bagaimanpun Pas berkata, parti itu tidak akan menyokong usul berkenaan kerana Islam melarang umatnya berbuat demikian.- MalaysiaGazette