BOSTON – Sebuah pesawat Airbus, A330 milik Virgin Atlantic melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Logan, Bostan selepas sebuah kerusinya terbakar ketika dalam penerbangan ke London.
Polis Massachusetts berkata, bateri pada pengecas telefon bimbit yang diletakkan antara kerusi mungkin merupaka punca kebakaran itu.
Kebakaran tersebut dipadamkan oleh krew penerbangan.
Jabatan Bomba Boston menerima panggilan untuk memeriksa pesawat terbabit pada pukul 9 malam.
Tiada kecederaan serius dilaporkan, namun seorang penumpang enggan menerima rawatan berkaitan dengan asap.
Kesemua 217 penumpang selamat dikeluarkan daripada pesawat.
Menurut kenyataan Virgin Atlantic, pesawat VS138 yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Heathrow, London dari Lapangan Terbang John F Kennedy dilencongkan ke Boston berikutan terdapat laporan asap dalam kabin pesawat
Katanya, krew kabin bertindak pantas dan pesawat tersebut selamat mendarat di Boston. – Agensi