Home Sukan Herrera sah milik PSG

Herrera sah milik PSG

Ander Herrera sah menjadi milik PSG.

LONDON – Bekas pemain tengah Manchester United, Ander Herrera kini sah menjadi milik Paris Saint-Germain (PSG).

Herrera diperkenalkan sebagai pemain baharu PSG menerusi Twitter rasmi kelab itu.

Kelab Perancis itu dilaporkan membayar gaji lumayan 300,000 pound seminggu kepada pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Herrera merupakan pemain utama di Old Trafford musim lalu dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Adrien Rabiot.

“Paris Saint-Germain adalah kelab terhebat di Perancis dan berharap akan meneruskan sejarah dengan kelab ini.

“Perasaan sangat menakjubkan dan saya kini jatuh cinta dengan Paris kerana sebuah bandaraya yang cantik di dunia.

“Namun visi saya dalah tiga perkara iaitu kerja, profesionalisme dan semangat.

“Pada masa sama, saya akan memperbaiki bahasa Perancis kerana ianya sangat penting untuk komunikasi pasukan,” ujar Herrera di Twitter. – MalaysiaGazette