Home Dunia Tehran ancam rampas kapal milik Britain

Tehran ancam rampas kapal milik Britain

Kapal tangki Grace 1, kini di kenali sebagai Adrian Darya 1 dalam perlayaran ke Mediterranean selepas dilepaskan dari Gibraltar . foto BBC

TEHRAN – Kapal tangki minyak British harus dirampas, jika kapal milik Iran yang ditahan tidak dibebaskan.

British Royal Marines membantu pegawai-pegawai di Gibraltar untuk merampas kapal tangki super-Grace 1 pada hari Khamis, selepas disyaki membawa minyak dari Iran ke Syria, sekali hus melanggar sekatan Kesatuan Eropah.

Iran kemudian memanggil Duta Besar British di Tehran untuk melahirkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan insiden itu satu bentuk tindakan lanun.

Ahli Majis Panasihat Ayatollah Khamenei, Mohsen Rezaei berkata, Iran akan bertindak balas terhadap pihak yang menganggunya tanpa ragu-ragu.

“Jika Britain tidak melepaskan kapal tangki minyak Iran, adalah kewajipan pihak berkuasa untuk merampas kapal tangki minyak British,” kata Rezaei menerusi Twitter.

BBC telah diberitahu sekumpulan anggota marin dari 42 Komando diterbangkan dari United Kingdom ke Gibraltar untuk membantu menahan Grace 1 dan kargonya.

Gibraltar berkata ,ada sebab untuk mempercayai kapal itu membawa minyak mentah Iran ke Loji Penapisan Baniyas di bandar pelabuhan Mediterranean Tartous, Syria.

Mahkamah Agung wilayah telah memutuskan kapal tangki itu boleh ditahan selama 14 hari lagi, kata Peguam Negara Gibraltar.

Kementerian Luar Iran mengutuk penyitaan awal kapal itu sebagai haram dan menuduh United Kingdom bertindak atas perintah Amerika Syarikat.

Pejabat Luar Britain menolak tuntutan bahawa tindakan tersebut sebagai “tidak masuk akal”.

Pada hari ini, ahli parlimen kanan Iran berkata. penyitaan kapal tangki itu membuktikan United Kingdom “tidak mempunyai kehormatan” dan menerima perintah dari Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette