Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata akar umbi parti harus memberikan kepercayaan kepada tiga pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Katanya, semua ahli perlu terus memberikan mandat kepada tiga pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk menerajui parti.
Malah katanya, sesiapa sahaja yang bersifat bertentang dengan prinsip tersebut boleh dianggap tidak bijak kerana parti itu kini menjadi salah satu komponen yang memimpin kerajaan.