JAKARTA – Gempa bumi dengan kekuatan 6.9 magnitud melanda pantai timur laut Pulau Sulawesi Indonesia pada lewat malam tadi, menurut agensi geologi Amerika Syarikat.
Gegaran kuat itu menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di lapan bandar berhampiran pusat gempa itu.
Gempa itu melanda di laut pada kedalaman 36 kilometer (22 batu) yang disemak semula dan beberapa gempa susulan lebih kecil.
Amaran tsunami juga tidak ditarik semula selepas sejam berlaku gempa bumi.
“Kami tidak menarik balik kerana masih memantau gelombang ombak tinggi, tetapi tiada yang direkodkan,” kata Rahmat Triyono, dari Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia.
Setakat ini tiada laporan kematian mangsa.
Beberapa penduduk di bandar panik kerana gempa itu menggegarkan bangunan hingga pihak berkuasa meminta mereka keluar daripada premis tinggi.
Beberapa hospital di Ternate, kira-kira 130 kilometer dari gegaran mengalami kerosakan kecil dan terpaksa mengeluarkan pesakit.
Penduduk di bandar peranginan Manado, terletak 185 kilometer dari pusat gegaran juga merasai gempa yang kuat dalam beberapa saat tetapi tiada kerosakan dilaporkan. – MalaysiaGazette