KUALA LUMPUR – Sebanyak 486,360 kes pengakuan sukarela telah diterima dan sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sejak Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) diperkenalkan pada 3 November 2018 hingga 23 Jun lalu.
Jumlah kutipan cukai akan diumumkan pada akhir tahun, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Beliau menjawab soalan Wong Kah Woh (DAP-Ipoh Timur) yang bertanya rasional pelaksanaan PKPS dan jumlah pembayar cukai yang telah menyertai skim tersebut.
PKPS merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan pembaharuan percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela dan melaporkan pendapatan yang
sepatutnya untuk meningkatkan kutipan cukai bagi pembangunan negara.
Program ini menyediakan platform untuk memberi peluang kepada pembayar cukai mengisytiharkan secara sukarela sebarang pendapatan yang tidak dilaporkan bagi tujuan cukai termasuk akaun pesisir pantai dengan pengenaan
kadar penalti lebih rendah dari tempoh 3 November 2018 sehingga 30 September 2019 ke atas pelaporan pendapatan.
Kadar penalti sedia ada ialah antara 45 peratus hingga 300 peratus. – MalaysiaGazette