Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan orang Melayu tidak pandai berpolitik hingga menyebabkan tumbuhnya terlalu banyak parti politik ketika ini.
Perdana Menteri berkata, akibat terlalu taksub untuk menjadi presiden di dalam sesebuah parti politik maka parti politik diwujudkan hingga menyebabkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.
“Sebenarnya saya dah terangkan, bahawa orang Melayu ini dia tak pandai politik. Dia seronok nak jadi presiden.