Home Nasional DKN 2030 bentuk usahawan berkeyakinan tinggi

DKN 2030 bentuk usahawan berkeyakinan tinggi

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bercakap pada Sesi Taklimat Dasar Keusahawanan bersama media di SME Corporation Malaysia, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 mampu meningkatkan sumbangan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 50 peratus menjelang 2030.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, pada masa sama, penyediaan peluang pekerjaan oleh PKS akan melonjak kepada 80 peratus pada tahun yang sama.

Jelas beliau, sumbangan eksport PKS juga bakal mengalami kenaikan kepada 30 peratus selai perolehi Koperasi kepada RM60 bilion.

“DKN 2030 dirangka berteraska gagasan Kemakmuran Bersama sebagai usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampa seiring dengan penagigahan ekonomi yang adil dan terangkum.

“Pelaksanaan dasar ini bermatlamatkan dapat memperbaiki dan melonjakkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa menjelang tahun 2030 dalam indeks pengukuran keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat DKN 2030 bersama media di SME Corp di sini hari ini.

MGF07072019_Taklimat+Dasar+Keusahawanan+Bersama+Media_07
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof bercakap pada Sesi Taklimat Dasar Keusahawanan bersama media di SME Corporation Malaysia, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 09 JULAI 2019

DKN 2030 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Mengulas lanjut, Mohd, Redzuan berkata, tahun 2030 dipilih sebagai penanda aras DKN bagi melihat keberkesanan pelaksanaan sepanjang tempoh 10 tahun.

Jelas beliau, ketika itu, DKN 2030 akan menentukan di mana kedudukan Malaysia dalam bidang keusahawanan sama ada berhenti di situ atau melebihi paras yang dijangkakan.

“Namun kementerian sedar pelbagai cabaran perlu ditempuh dan antaranya yang terbesar adalah bagaimana usahawan itu boleh memiliki keyakinan yang tinggi.

“Justeru, DKN 2030 akan mempersiapkan usahawan untuk bersaing di peringkat global dalam pasaran terbuka agar memiliki daya tahan tinggi dan bersikap berani,” katanya. – MalaysiaGazette