TOKYO – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini selepas kumpulan industri melaporkan stok minyak Amerika Syarikat susut buat minggu keempat berturut-turut, sekali gus menunjukkan lebihan bekalan akibat ketegangan perdagangan global.
Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) melonjak sebanyak AS$0.81 kepada AS$58.64 setong manakala Brent meningkat AS$0.61 kepada AS$64.77 setong selepas mencecah AS$64.95 pada sesi sebelumnya.
Harga minyak Amerika Syarikat dan penanda aras global melonjak tahun ini selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) dan pengeluar-pengeluar minyak utama lain termasuk Rusia mengurangkan bekalan.
Stok minyak mentah Amerika Syarikat susut lebih tinggi berbanding unjuran pada minggu lepas, manakala inventori gasolin juga jatuh, menurut data daripada Institut Petroleum America.
Inventori minyak mentah susut sebanyak 8.1 juta tong pada minggu hingga 5 Julai kepada 461.4 juta berbanding jangkaan penganalisis penyusutan 3.1 juta tong. – MalaysiaGazette