BANGI –Tidak sampai enam tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim hari ini mengakhiri perkahwinan mereka di hadapan Hakim syarie Che Abdullah Che Hassan dengan lafaz talak satu.
Bertempat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, Fizo yang juga seorang pelakon melafazkan cerai pada pukul 10.45 pagi terhadap pasangannya yang merupakan usahawan tudung.
Penceraian tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Ketika prosiding, Che Abdulllah bertanya Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, sama ada bersetuju untuk menceraikan isterinya.
Pelakon itu menjawab dia bersetuju kerana sudah tiada keserasian serta persefahaman antara mereka sejak beberapa tahun lalu.
Difahamkan, perceraian itu berpunca daripada masalah keluarga dan bukannya orang ketiga.
Selesai merekodkan lafaz tersebut, Hakim Che Abdullah memberitahu, anak usahawan tudung Fareeda itu perlu beridah selama tiga kali suci.
Pasangan itu diijabkabulkan pada November 2013 dan dikurniakan seoranga ank perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Kemelut rumah tangga Fizo dan Mawar mula diperkatakan pada Syawal lalu apabil beraya berasingan di kampung masing-masing.
Fizo selepas itu dalam satu kenyataan memberitahu dia belum bersedia untuk memperincikan kemelut rumah tangga apabila isterinya dilapor sudah mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan perkara itu. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan