Home Sukan Jihin tidak sabar bertarung

Jihin tidak sabar bertarung

Sesi fotografi bersama peserta, Jihin Radzuan dari Malaysia yang akan bertanding pada Kejohanan One Championship di The Grounds, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Atlet muda seni bela diri campuran (MMA) wanita negara, Jihin Radzuan  yakin dapat menumpaskan lawannya Jomary Torres di kejohanan ONE Championship esok.

Walaupun enggan mendabik dada dan memandang mudah pihak lawan, atlet berusia 21 tahun itu percaya dengan strategi yang digunakan di atas pentas.

Menurutnya, dia bakal mengetengahkan skil yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

“Sebagai atlet, setiap pertarungan saya yakin saya akan menang sebagai motivasi diri.

“Untuk perlawanan ini, ia berbeza dengan sebab cara berlawan sebelum ini. Dan memang selama ini tidak pernah menggunakan cara bertemu lawan,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

MGF090719_TEMUBUAL+PESERTA+KEJOHANAN+ONE+CHAMPIONSHIP08 (1)
Jihin Radzuan dari Malaysia yang akan bertanding pada Kejohanan One Championship di The Grounds, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JULAI 2019

Dikenali dengan nama jolokan Shadow Cat, Jihin akan kembali beraksi pada acara ONE: Masters of Destiny akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pukul 6 petang.

Selepas lima pertarungan MMA di pentas ONE Championship, Jihin kini memegang rekod empat menang dan satu kalah.

Jihin menambah, dari segi mental dan fizikal, dia sudah bersiap sedia kerana berlatih siang dan malam serta mengikutkan diet pemakanan yang ketat

Namun katanya, cabaran yang paling sukar baginya ialah membuat ‘weight cut’ atau menurunkan berat badan.

Wanita kelahiran Johor itu yang bertanding dalam divisyen atomweight di ONE Championship, dia perlu menurunkan atau mengekalkan beratnya kepada 52.2kg. – MalaysiaGazette