KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menyifatkan pelaksanaan Dasar Usahawan Negara (DKN) 2030 adalah jalan baharu dalam merencanakan kejayaan masa depan negara.
Ujarnya, DKN 2030 merupakan dokumen penting kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam merangka strategi jangka panjang bagi menetapkan hala tuju keusahawanan negara.
“Saya menganggap penzahiran DKN 2030 ini sebagai ‘iltizam dan keberanian politik’ (resolute political will and aspiration) pihak kerajaan untuk mengasaskan kejayaan masa hadapan negara.
“MED (Kementerian Pembangunan Usahawan) akan mengambil peranan sebagai ‘penggerak dan peneraju’, pengisiannya perlu dihayati sama semua pihak,” katanya di majlis pelancaran DKN 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.