Kerajaan mahu mewujudkan usahawan tulen dan bukannya ahli perniagaan yang pandai “berbohong atau menipu”.
Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila memberitahu, nilai dan budaya keusahawanan bukan sesuatu yang asing di kalangan warga Malaysia malah, ia merupakan nilai dan semangat yang dilentur sejak awal lagi.
Katanya, tidak ada usahawan yang akan berjaya tanpa disiplin dan kesungguhan begitu juga perlunya sikap yang positif dan keberanian dalam mengambil risiko.