LONDON – Spekulasi perpindahan Neymar ke Barcelona yang semakin bertiup kencang membuatkan Paris Saint German (PSG) menyediakan pelan masa depan.
Daily Star melaporkan, PSG yang juga penyandang juara Ligue 1 itu telah menyenaraikan beberapa penyerang baharu bagi menggantikan Neymar.
Antara nama yang yang dikaitkan adalah pemain sayap, Manchester City iaitu Leroy Sane.
Namun nama bintang muda Jerman itu tidak mengejutkan kerana PSG pernah merancang untuk mendapatkan khidmat Sane.
Selain PSG, Sane turut dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich bagi menggantikan penyerang veteran yang telah bersara, Arjen Robben. – MalaysiaGazette