TERKINI : Matlamat Utama! Hasilkan Pentadbiran Bersih dan Bebas Rasuah – Khalid Samad

Isu peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu diperbesarkan kerana ia akan berlaku apabila tiba waktunya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, apa yang penting ketika ini adalah kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan utama kepada agenda penting membangunkan negara.