LOS ANGELES – Seorang model Australia yang didapati bersalah selepas melakukan serangan dalam penerbangan dari Melbourne ke Los Angeles terlepas daripada hukuman penjara oleh mahkamah Amerika Syarikat.
Adau Mornyang, 25, hanya diarah melakukan 100 jam perkhidmatan komuniti dan mendapatkan kaunseling kesihatan serta penyalahgunaan alkohol.
Pendakwa di pendengaran di mahkamah persekutuan Los Angeles sebelum itu telah memohon hukuman penjara satu bulan dan tahanan tahanan rumah selama tiga bulan.
Mornyang boleh menerima hukuman maksimum 21 tahun penjara selepas juri persekutuan mendapati dia bersalah pada bulan Mac lalu melakukan serangan dan mengganggu krew penerbangan.
Beliau didakwa menjadi ganas semasa anak-anak kapal bertindak menghentikan pengambilan minuman keras selepas mengambilnya beberapa kali pada 21 Januari lalu.
Tertuduh juga merupakan finelis Miss World Australia pada 2017.
Para penumpang mendakwa tertuduh mengejek dengan kata-kata lucah dan berbaur perkauman.
Ketika seorang petugas penerbangan menenangkannya, Mornyang bertindak memukul petugas itu serta beberapa penumpang lain, kata pendakwa.
Tindakan ganasnya itu mendorong marshal penerbangan menahan dan kemudian menggarinya.
Hakim Daerah Amerika Syarikat, Carmac Carney berkata, hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh mengambil kira sejarah penganiayaan seksual, fizikal dan lisan’ tertuduh.
Media Australia melaporkan Mornyang pernah muncul di video di Facebook pada tahun 2017 memaklumkan dia telah diperkosa ketika remaja tetapi telah diberi tekanan untuk untuk menggugurkan kes itu.
Mornyang memberitahu hakim bahawa dia malu dan “membuat kesilapan yang teruk akibat ketagihan alkohol,” kata City News Service.
Model itu dijangka dihantar pulang dari Amerika Syarikat, dengan ini dapat menggelaknya melakukan perkhidmatan komunitinya, kata McEvoy.
Carney juga mengenakan denda sebanyak AS$ 2000 tetapi Mornyang dibebaskan kerana tidak dapat membayarnya. – MalaysiaGazette