Home Dunia Rusia serah semua tempahan S-400 tahun depan

Rusia serah semua tempahan S-400 tahun depan

S-400
Sistem peluru berpandu darat ke udara, S-400.

ISTANBUL – Turki akan menerima sistem pertahanan peluru berpandu Rusia S-400 yang ditempah itu sepenuhnya pada bulan April 2020.

Pembelian sistem pertahanan dengan Rusia itu telah menimbulkan ketegangan dengan sekutunya NATO, khususnya Amerika Syarikat, yang memberi amaran kepada Turki bahawa ia akan bertindak balas dengan sekatan.

Bercakap di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul sempena memperingati tahun ketiga percubaan rampasan pada tahun 2016, Erdogan berkata negara itu sudah menerima lapan pesawat setakat ini.

“Dengan kebenaran Allah, semuanya akan tiba menjelang April 2020.

“S-400 adalah sistem pertahanan terkuat kepada mereka yang mahu menyerang negara kita. Insya-Allah, kita melakukan ini sebagai pelaburan bersama dengan Rusia dan akan terus melakukannya. ”

Pegawai Amerika Syarikat memberitahu, selain tertakluk kepada undang-undang yang bertujuan menghalang negara-negara daripada membeli peralatan ketenteraan dari Rusia, yang dikenali sebagai CAATSA, Turki boleh disingkirkan daripada program jet pejuang F-35.

Itu bermakna Turki bukan lagi sebagai sebahagian daripada F-35 atau dapat membeli jet yang telah dipesan.

Pada Ahad lalu, Erdogan mengatakan Presiden Donald Trump mempunyai kuasa untuk mengetepikan sekatan ke atas Turki bagi pembelian sistem pertahanan udara Rusia dan harus mencari “jalan tengah” dalam pertikaian tersebut.

Ketegangan antara Turki dan sekutu Barat telah meningkat dalam beberapa bulan kebelakangan ini susulan pembelian sistem S-400, dengan satu siri tindakan lain yang diambil oleh negara anggota NATO yang menggabungkan keadaan, ” katanya kepada umum. – MalaysiaGazette