Home Nasional Desak MB Selangor rombak pengurusan Air Selangor

Desak MB Selangor rombak pengurusan Air Selangor

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago bercakap pada sidang media pada Sidang Dewan Rakyat bagi membentangkan usul persempadanan semula negeri Sabah di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 16 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini mendesak agar Menteri Besar Selangor, Aminuddin Shaari agar membuat rombakan terhadap pengurusan tertinggi Air Selangor jika bekalan air masih tidak dapat dipulihkan seperti yang dijanjikan.

Pengerusinya, Charles Santiago, berkata suruhanjaya itu mengemukakan amaran keras kepada Air Selangor agar gangguan bekalan air yang dijangka berlaku pada 23 Julai kerana kerja-kerja penyelenggaraan sepatutnya dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam 26 Julai.

“Kami juga terganggu, sebagai manusia dan sebagai badan kawal selia dengan semua pemotongan air ini. Kami pun terganggu dan kami dah bincang dalam suruhanjaya kami dalam mesyuarat tertutup kami.

“Jika pada 9 malam, Jumaat, bekalan air tak pulih di rumah-rumah kami, 758 kawasan di tujuh wilayah, SPAN akan minta dan desak Menteri Besar Selangor untuk buat perubahan pengurusan dalam Air Selangor. Ini satu amaran buat Air Selangor.

“Saya nak beritahu, kami ambil serius hal ini,” katanya dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Air Selangor pada 2 Julai lalu mengeluarkan arahan permohonan menjalankan kerja-kerjan penambahbaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dijadualkan bermula pada 23 Julai ini.

Kerja-kerja penyelenggaraan berjadual utama tersebut dijangka mengambil masa selama 12 jam sahaja bermula 9 pagi sehingga 9 malam pada 23 Julai, bagaimanapun tempoh masa keseluruhan gangguan dijangka 84 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna. -MalaysiaGazette