KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih dengan insiden pesawat MH17, pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang ditembak jatuh di timur Ukraine lima tahun lalu.
Kata Perdana Menteri, insiden itu berlaku secara sengaja yang telah mengorbankan 298 manusia yang tidak bersalah.
Cuma apa yang dikesali beliau, dalang yang melancarkan roket itu tidak diketahui sehingga sekarang.
“Kita rasa sedih kerana ia insiden yang disengajakan. Kita juga tahu ia adalah roket tapi malangnya tidak tahu siapa yang melakukannya.
“Ia tidak mustahil untuk mengetahui (individu),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmian Beyond Paradigm Summit 2019 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.
Hari ini genap tahun kelima peristiwa tragis pesawat MH17 yang ditembak jatuh berhampiran Hrabove, sebuah kampung di timur Ukraine sehingga mengorbankan 298 orang termasuk 43 warga Malaysia yang menaiki pesawat berkenaan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: