Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof cuba mempertahankan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Ismail yang mengusulkan agar Guan Eng dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berkata pihaknya kesal dengan Ariff yang dilihat cuba mengelak daripada membenarkan usul terhadap Ahli Parlimen Bagan itu dibahaskan.