Home Nasional Hari Bomba Sedunia: 35 kontinjen 79 aset Bomba gegar Dataran Merdeka

Hari Bomba Sedunia: 35 kontinjen 79 aset Bomba gegar Dataran Merdeka

Perarakan anggota Bomba dan Penyelamat sempena Sambutan Hari Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 20 JULAI 2019.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah berangkat mencemar duli menyempurnakan Sambutan Hari Bomba Sedunia 2019 yang berlangsung di Datara Merdeka pagi ini.

Baginda diiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar tepat pukul 9.06 pagi yang disambut oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin serta dif-dif kehormat.

Zuraida tiba ke sambutan pukul 8.55 pagi dengan berpakaian uniform Bomba dan Penyelamat dengan disambut timbalan menterinya serta Ketua Pengarah Bomba Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Sambutan bertemakan” Bomba Tonggak Penyelamatan Negara” kali ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Pegawai Hal Ehwal Agama dan Kebajikan Penguasa Bomba Luqman Ramli dan ikrar oleh Pengarah Bomba dan penyelamat Negeri Pahang, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Norhisham Mohamad,

Majlis dimulakan dengan sembah ucapan menjunjung kasih Zuraida Kamaruddin diikuti titah perasmian Sultan Al-Abdullah.

Pesawat Agusta AW139 melintasi Padang Dataran Merdeka menunjukkan tiga anggota penyelamat wanita MUST Team daripada helikopter menggunakan teknik Abseiling dan Winching sebagai gimik pelancaran sambutan penuh meriah itu.

Baginda menerima pisau RTIII yang dipersembahkan oleh Ketua Pengarah Bomba, Datuk Mohamad Hamdan Wahid dan meletakkan di atas peralatan khas sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019.

Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak bertajuk Pejuang Wira Merah oleh Pegawai Bomba Mohd Fauzi Jamikah dari Sabah sebelum persembahan kebombaan Pasukan Special Tactical Operation and Rescue Malaysia (STORM).

Majlis diteruskan dengan perbarisan kontinjen dan perarakan jentera serta aset bomba penyelamat iaitu sebanyak 35 kontinjen dan 79 unit jentera membabitkan 1,551 peserta yang menjayakan perbarisan pagi tadi.

Antara Kontinjen yang terlibat ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan agensi swastanya Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan CBRne, pasukan penyelamatan bangunan tinggi, Bahagian Udara Bomba, Pasukan Penuyelamatan di Air (PPDA)Unit Pengesan (K9), Pasukan Penyelamatan Kemalangan Jalan Raya (RTA), Emergency Medical Rescue Services (EMRS), Skuad Bomba Sekolah Tahfiz, Bomba Pelabuhan dan MIREC dan Bomba Lapangan Terbang.

Turut memeriahkan majlis perarakan jentera berprestasi tinggi High performance Pump Modul, Foam Tender, Water Tanker, Helikopter Augusta 109E, Augusta Westland AW 139, Augusta Westland AW189 dan Mi-17.

Hadir bersama Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan Senator Datuk Raja Kamarulk Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah serta Ketua Setiausaha Datuk Seri Mohammad Mentek.

Pameran Kebombaan, Mess Nite 21 Julai ini diikuti Larian Bomba 17 Ogos ini bertempat di Persiaran Cyberjaya serta kempen keselamatan kebakaran serta program kesedaran awam.- MalaysiaGazette