KUALA LUMPUR – Status pemulihan bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang terjejas ekoran pencemaran bau di Sungai Selangor mencapai tahap 59 peratus.
Status itu setakat jam 12 tengah hari tadi.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berkata, peratusan pemulihan di Kuala Lumpur adalah 41.1 peratus, Petaling (55.2%), Klang/Shah Alam (50.8%), Kuala Selangor (96.1%) dan Gombak (90.5 peratus).
Manakala kadar pemulihan di Kuala Langat kadar pemi masih 0 peratus.
Tetapi di Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya. – MalaysiaGazette