![MGF23102018_Forum Perdana Tokoh Ma'al Hijrah_16 Saifuddin Abdullah](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2018/10/MGF23102018_Forum-Perdana-Tokoh-Maal-Hijrah_16-640x427.jpg)
JAKARTA – Malaysia memberi jaminan akan menangani kes pekerja Indonesia di Malaysia yang terbabit dalam dakwaan dirogol dan bunuh, dengan seadil-adilnya.
“Saya tahu ada kes yang melibatkan warga Indonesia dan menjadi kontroversi. Tapi saya yakin kes-kes ini sedang diselidiki,” kata Menteri Luar Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata demikian pada Kuliah Umum Landasan Malaysia Baru di Universitas Paramadina, di sini hari ini.
Artikel berkaitan :PH jangan pandang ringan kes rogol pembantu rumah Indonesia
Polis tidak berat sebelah siasat tuduhan Exco rogol pembantu rumah
Choo Kiong jalani tugas walaupun disiasat berhubung dakwaan rogol
Exco Perak didakwa merogol pembantu rumah perlu digantung tugas
Saya tidak bersalah, kata Exco yang didakwa rogol pembantu rumah
“Prinsip Malaysia adalah keadilan harus ditegakkan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk dua kes terbaru iaitu berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang membebaskan Ambika MA Shan, 61, daripada tuduhan membunuh warga Indonesia Adelina Jerima Sau pada 18 April lepas.
Satu lagi kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun mendakwa dia dirogol di rumah majikannya di Meru Ipoh oleh majikan yang juga anggota Exco kerajaan negeri Perak. – MalaysiaGazette