Home Dunia India akan lancar semula Chandrayaan-2

India akan lancar semula Chandrayaan-2

Chandrayaan-2

NEW DELHI – India akan melancarkan semula misi ke bulan selepas ia tertangguh seminggu disebabkan masalah teknikal.

Chandrayaan-2 akan dilancarkan pada 14:43 waktu tempatan (09:13 GMT) pada Isnin, menurut agensi ruang angkasa Isro.

Katanya, kapal angkasa itu sudah bersedia “menggapai mimpi ke bulan – kini lebih kuat daripada sebelumnya”.

Agensi angkasa berharap misi membabitkan kos sebanyak AS$150 juta itu akan menjadi yang pertama mendarat di kutub selatan bulan.

Misi yang dijadualkan pada 15 Julai lalu terpaksa dihentikan 56 minit sebelum berlepas “masalah teknikal dikesan dalam sistem kenderaan pelancaran”, menurut Isro.

Media India telah melaporkan terdapat kebocoran dari botol gas helium dalam enjin kriogenik roket menjadi punca misi pertama itu ditangguhkan.

Misi pertama India pada tahun 2008 – Chandrayaan 1- gagal mendarat di permukaan bulan, tetapi ia berjaya melakukan carian pertama dan paling terperinci untuk air di bulan menggunakan radar.

Chandrayaan-2 (kenderaan Moon 2) akan mencuba pendaratan perlahan berhampiran kutub selatan bulan. – MalaysiaGazette