KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggantikan Pulau Pinang ke Liga Super musim depan selepas skuad Harimau Kumbang itu dikenakan penolakan enam mata oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Ketua Pegawai Eksekutif, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam berkata, keputusan itu kekal sehingga tempoh yang belum ditentukan kerana pihaknya dimaklumkan Pulau Pinang akan membuat rayuan kepada FIFA.