Home Sukan Kes rogol: Ronaldo bebas pertuduhan jenayah

Kes rogol: Ronaldo bebas pertuduhan jenayah

Cristiano Ronaldo

LONDON – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo tidak akan berdepan pertuduhan jenayah berhubung dakwaan kes rogol seorang wanita di Hotel Las Vegas.

Peguambelanya hari ini mengumumkan bahawa pihaknya akan menolak pendakwaan berusia 10 tahun itu ke atas anak guamnya.

Katanya, dakwaan rogol ke atas bintang antarabangsa Portugal itu tidak dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah.

Pada Jun 2009, mangsa yang didakwa dirogol, Kathryn Mayorga membuat laporan polis dan mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul.

Dia bagaimanapun enggan menamakan suspek dan Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas menutup kes kerana bukti video gagal dikemukakan mangsa.

Bagaimanapun tahun lalu, mangsa sekali lagi muncul dan menamakan Ronaldo sebagai suspek yang telah merogolnya sebelum polis membuka semua fail kes itu.

Namun hari ini polis mengumumkan menutup kes itu semula sambil menambah tiada pertuduhan akan menyusul ke atas pemain itu.

Jurucakap Pejabat peguam daerah Clark County berkata, petisyen pertuduhan dikemukakan kepada pejabat peguam daerah pada 8 Julai lalu.

Berdasarkan penilaian terhadap maklumat yang dikemukakan kali ini, dakwaan cabul ke terhadap Ronaldo tidak dapat dibuktikan melampaui keraguan munasabah.

“Oleh demikian tidak ada sebarang pertuduhan jenayah yang akan dikenakan ke atas Ronaldo,” kata jurucakap itu.- MalaysiaGazette