TERKINI : TLDM Uji Peluru Berpandu Exocet Sea Skua dan Masih Berbisa – Panglima TLDM,

Tenter Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menguji Peluru berpandu Sea Skua dan Exocet menerusi Eksesais Kerismas iaitu intra TLDM terbesar.

Ia merupakan Eksesais Kerismas yang pertama dalam tempoh 14 tahun.

Panglima TLDM, Laksamana Datuk Mohd. Reza Mohd Sani berkata, walaupun telah sekian lama TLDM tidak melaksanakan eksesais utama itu, kejayaan ujian peluru berpandu tersebut membuktikan kesiagaan dan keupayaan Armada TLDM masih berada di tahap tertinggi.