Home Seni Hidup Rihana mahu Sultan Kelantan jalani ujian DNA

Rihana mahu Sultan Kelantan jalani ujian DNA

Rihana Oksana bekas isteri Sultan Muhammad V mencabar baginda untuk menjalani ujian DNA bagi membuktikan baginda adalah bapa biologi bayi berusia dua bulan itu.- Photo Daily Mail

MOSCOW – Ratu cantik Rusia yang diceraikan oleh Sultan Kelantan,  Sultan Muhammad V mencabar bekas Yang DiPertuan Agong itu untuk menjalani ujianDNA, lapor Daily Mail.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pihak Sultan Kelantan sebelum ini yang menafikan baginda adalah bapa biologi kepada bayi yang baru dilahirkan model itu.

Rohana Oksana Veovodina, 26, memeluk Islam dan berkahwin dengan Sultan Kelantan pada tahun lalu sebelum Sultan Muhammad melepaskan kedudukan Yang Dipertuan Agong pada Januari lalu.

Baru baru ini, Sultan Muhammad mendedahkan baginda telah bercerai talak tiga dengan Rihana selepas meragui status kelahiran anak itu.

Peguamnya, Koh Tien Hua mengesahkan punca penceraian baginda kerana tiada bukti kukuh menunjukkan baginda bapa biologi kepada anak yang lahir pada Mei lalu sebelum mereka bercerai.

Namun rakan bekas Ratu Moscow itu, Liliya Nastaeva, 32, bertegas perkahwinannya dengan Sultan Muhammad masih sah dan menolak kenyataan ada lelaki lain merupakan bapa biologi kepada anak yang dilahirkannya.

Menurut Liliya, ibu bapa, kawan-kawan serta sanak saudara Rihana menunggu permohonan maaf daripada baginda Sultan Kelantan.

“Jika sultan masih ada keraguan mengenai kelahiran anaknya sendiri, baginda boleh menjalani ujian DNA dan Rihana juga sudah bersedia untuk menjalani ujian tersebut,” katanya.

Rihana yang kini tinggal dengan bayi berusia dua bulan itu di kediamannya di Moscow menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Sultan Kelantan.

Dalam pada itu, peguam Oksana di Moscow, Evgeny Tarlo yang juga bekas senator di Rusia menjelaskan keraguan yang dibangkitkan oleh Sultan Muhammad adalah tidak masuk akal serta mencabar peguam baginda untuk membuktikan dakwaan berkenaan.

“Saya tidak kenal siapa Koh Tien Hua (peguam baginda) dan atas hak apa dia komen mengenai kehidupan peribadi Oksana, lagi pun dia tidak mempunyai kredibiliti campuri urusan keluarga Rihana.

“Tiada sebarang penceraian berlaku antara Rihana dan suaminya saya dengan penuh bertanggungjawab boleh memberitahu perkara ini,” dakwa peguam itu.

rihana dna

Peguam Rihana di Moscow membidas kenyataan baginda dan peguamnya dari singapura sebagai penipuan dan mengarut sambil meminta Sultan Muhammad menjalani ujian DNA untuk membuktikan dakwaan baginda.Pada 20 Julai lalu, Sultan Muhammad V sah bercerai talak tiga dengan Rihana.

Sebelum itu, pasangan tersebut berkahwin dalam satu majlis tertutup di Rusia pada November 2018 dan telah menimang cahaya mata dinamakan Tengku Ismail Leon Petra pada 21 Mei lalu.

Sultan Kelantan sah bercerai talak tiga- peguam