SINGAPURA – Harga minyak teguh pada awal dagangan hari ini dipacu oleh permintaan kukuh dan ketidaktentuan di Syria.
Niaga hadapan Brent naik AS$55.39 setong, naik 0.3 peratus daripada harga penutup. West Texas Intermediate (WTI) juga menokok 0.5 peratus kepada AS$52.48 setong.
Para peniaga berkata, kenaikan harga bahan bakar itu disokong oleh permintaan tinggi susulan serangan Amerika Syarikat ke atas Syria, Jumaat lalu.
ANZ Bank berkata, permintaan minyak yang kukuh dan ‘latar belakang global yang tidak stabil menyebabkan diselesaikan (adalah) meninggalkan pasaran seimbang’.
Walau bagaimanapun, kenaikan dalam aktiviti penggerudian minyak Amerika Syarikat selama 12 minggu berturut-turut kepada 672 pelantar, tahap tertinggi sejak Ogos 2015, mendorong pasaran mencapai paras tertinggi sebulan minggu lepas lebih AS$56 setong.
Goldman Sachs berkata, berdasarkan data minyak yang dikemukakan, pengeluaran minyak AS dijangka meningkat sebanyak 215,000 tong sehari pada tahun 2017. – MalaysiaGazette