TERKINI : Nak “BELI RUMAH”! Peminjam PTPTN Perlu Bijak Urus Kewangan – Zuraida Kamaruddin

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan merupakan prospek pembeli rumah yang disenaraihitam di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) perlu mengurus kewangan untuk membayar pinjaman perumahan dan pelajaran masing-masing.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, penyenaraian peminjam PTPTN dalam CCRIS adalah dasar yang dilindungi.