Seramai 1375 Pegawai Polis ditugaskan pada perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 antara Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan daripada jumlah itu, seramai 1165 akan ditugaskan menjaga keselamatan manakala 210 bagi mengawal trafik pada hari perlawanan yang dijangka bakal menrima seramai 85,000 penyokong di stadium.