Home Dunia Mahkamah Brazil arah Petrobras is minyak kapal Iran

Mahkamah Brazil arah Petrobras is minyak kapal Iran

Kapal Bavand

BRASILIA/RIO DE JANEIRO – Mahkamah Brazil mengarahkan syarikat minyak negara itu, Petroleo Brasileiro SA (Petrobras) mengisi minyak dua buah kapal pukal bijirin Iran yang tersadai di pantai Brazil berikutan sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap penjualan bahan bakar untuk perjalan pulang.

Ketua Hakim, Dias Toffoli membuat keputusan yang bertentangan dengan mahkamah rendah bagi membolehkan Petrobras mengisi bahan bakar ke kapal-kapal terbabit, lapor Reuters.

Petrobras tidak mengisi minyak dengan menyatakan alasan risiko sekatan AS. Bagaimanapun risiko itu dikurangkan jika ia mematuhi keputusan Mahkamah Agung, kata sumber syarikat itu yang tidak mahu dikenali.

Pejabat media Petrobras tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan mahkamah itu, katanya. Syarikat itu berkata, ia akan menilai pilihan yang ada apabila mengetahui perincian tentang keputusan tersebut.

Menteri Luar Brazil, Ernesto Araujo memberitahu wartawan di Brasilia bahawa dalam kes itu proses perundangan perlu dipatuhi namun Petrobras berhadapan dengan risiko jika ia mencabuli sekatan AS.

Dalam keputusannya Toffoli berkata, kapal pukal, Bavand dan Termeh, mempunyai kontrak dengan Eleva Quimica yang mana ia tidak terlibat dengan sekatan AS, oleh itu kapal tersebut berhak menerima bahan bakar bagi membolehkannya membuat pelayaran pulang.

Toffoli berkata, keengganan Petrobras untuk mengisi minyak boleh menyebabkan kerugian ekonomi untuk Eleva dan Brazil.

Iran merupakan pembeli utama komoditi Brazil dan merupakan destinasi utama eksport jagung negara itu pada tahun ini. Iran turut memberi kacang soya, gula, daging dan produk lain daripada Brazil.

Kapal Bavand dan Termeh merupakan antara lima kapal Iran yang belayar pada laluan baharu dengan membawa urea ke Brazil dan pulang ke iran dengan muatanjagung. Iran cuba meningkatkan penjualan petrokimia seperti urea dengan sekatan yang dikenakan telah memberi kesan kepada industri minyaknya.

Bagaimanapun, adalah tidak jelas jika dua lagi kapal Iran yang berda di pelabuhan Brazil, MV Delruba and Ganj, memerlukan pengisian bahan bakar untuk pulang ke Iran selepas kedua-duanya memunggah urea dan memasukkan jagung.

Kapal kelima, Darybar berjaya sampai ke Brazil dan kini sedang melintsi Tanjung Harapan di Afrika Selatan, menurut sistem penjejakan kapal, Refinitiv Eikon.

Semua lima kapal itu berada dalam senarai sekatan AS. Sekatan tersebut juga menghalang perdagangan urea namun bukan makanan. – Agensi