KUALA LUMPUR – “Saya tidak pernah dengar (Datuk Seri Azmin Ali). Media yang beritahu,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai desas-desus mengenai timbalannya itu akan menyertai Gerakan.
Beliau yang berkali-kali menolak untuk menjawab soalan mengenai isu itu turut meminta semua pihak supaya berhenti melagakan beliau dengan Azmin.
“Sudahlah. Mengapa hendak suruh bergaduh hari-hari.
“Dia (Azmin) sudah jawab, tidak (maka) tidaklah.
“Kita kena terus melangkah untuk memajukan agenda ekonomi. Kadang-kadang terlalu banyak gangguan,” katanya lagi semasa sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup di Simposium Ekonomi Malaysia: Masa Kini dan Hadapan di Parlimen hari ini.
Semalam, media melaporkan Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi dijangka keluar PKR dan menyertai Gerakan dalam masa terdekat. – MalaysiaGazette