KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Majlis penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara itu dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk John Louis O’Hara.
Terdahulu, bekas Presiden Majlis Peguam Christopher Leong yang membacakan usul Abdul Gani diterima masuk sebagai peguambela dan penguamcara serta tidak mendapat bantahan daripada mana-mana pihak.
Leong berkata, bekas Peguam Negara selama 13 tahun itu adalah seorang yang layak dan berkebolehan.
Abdul Gani bersara pada 27 Julai tahun lalu.
Anak lelaki Abdul Gani, Faezul Adzra Patail telah menubukan firma guaman dengan nama Gani Patail Chambers pada Ogos lalu di Kuala Lumpur Sentral. – MalaysiaGazette